seolah-olah memberitahu sudah tiba masanya untuk aku pergi,
pergi daripada kesakitan dan masalah yang membelenggu diri ini,
aku sedih kerana risau akan apa yang bakal terjadi semasa aku tiada.
sunyikah mereka? sedihkah mereka?
tiada apa yang mampu aku lakukan.
tiada apa yang mampu aku lakukan.
selain menadah tangan dan berdoa kepada-Nya.
setiap kali aku cuba untuk bangun, aku akan jatuh semula.
setiap kali aku cuba untuk senyum, senyumanku terasa palsu.
aku berikhtiar bermacam-macam cara.
namun aku tetap gagal.
mulai saat itu,
aku berjanji akan menjadikan semua itu sebahagian daripada hidupku.
walau sepahit dan sesakit mana,
kan ku tempuh segalanya dengan penuh sabar.
- rasya azalia -
No comments:
Post a Comment