Thursday, December 2, 2010

A Friend's Greeting

I'd like to be the sort of friend that
you have been to me;
I'd like to be the help that
you've been always glad to be;

I'd like to mean as much to you
each minute of the day
As you have meant, old friend of mine,
to me along the way.

I'd like to do the big things and
the splendid things for you,
To brush the gray from out your skies
and leave them only blue;

I'd like to say the kindly things that
I so oft have heard,
And feel that I could rouse your soul
the way that mine you've stirred.

I'd like to give you back the joy
that you have given me,
Yet that were wishing you a need
I hope will never be;

I'd like to make you feel as rich as I,
who travel on
Undaunted in the darkest hours with you to
lean upon.

I'm wishing at this time that I
could but repay
A portion of the gladness that
you've strewn along my way;

And could I have one wish this year,
this only would it be:
I'd like to be the sort of friend
that you have been to me.


p/s : aku akan rndu toank .. i love them so muchh !!

Wednesday, October 6, 2010

heartie

bibirku berbisik menyuruh kau pergi,
tapi hati ini tidak rela melepaskan kau,
seperti ada sebiji batu besar menghempap dada,
terasa nafas mulai tersekat,
jantung pula berdegup kencang
air mata tidak mampu mengalir lagi
terlalu sakit dan terlalu pedih
bagikan aku satu tempat
tempat untuk aku menjerit sepuas hati
tempat untuk aku menangis semahu-mahunya
aku bilang aku okay pada semua
tapi semua itu bohong belaka
aku malu untuk mengaku
aku takut disaat aku luahkan segala yg terbuku
air mataku turut terluah
aku tak kuat. aku lemah

ps: mun takrang kwn ku,knl ktk org sapa tok. haha

Friday, September 17, 2010

...cerita babi limpas beranda rumah atok...=_=

cta tok..
polah kisah cgek ari jadi cali.. yerr. datg cgek malm .
bkan main agik awal alu berangkat dae umah nak pgi braya tek.. yerr.. tiga buah keta bok cukp srumah penghuni pgi. yerr... smangat permaisuri rumah ku tem ya.. smangat nang ku x tauk agik. yerr.... pey org nak bsiap lambt pun d kerepak.. ya mesti.. pes. umah nang besa dpg tp xbesa d ingat.. umah yak..
nenek ku madah"ow..suuuuusah na juak umah draman tok eah.."kan main kmk org mncrik..huh.tb2!sora nenk ku ngan smangat ny mdh"mun dae skolah iqa nmpk tok"aku xda knak mengenk pande masok dlam cta juak .ya ku suk glak..haha.cuba p k ..
umah yak..d tudan ..mun dah campo skul aku.. nak kan dkrokop..camne ko nak ngga umah yak ku ya.. haha.. nang xcellent nenk aku.. xda org pat celen..
dah sampe umah yak .. nya la org paling smangat msok.. bok ku pham pal nenk ku smangat glak. pdahal ny nak bkemeh.. dah slesai ya tek.. minm gik ny..bkemeh gik.. nang bis sisa mkanan ny pulg ke kemeh.. heh.. ASSALAMUALAIKUM! padah paknek ku..
yerr.. nak blit.. dah kua ya.. pande jd yg last gk nenk aku.. saited ny ya bukn2 masang slepa.. yerrr.. plek alu mka wa ku tem ya.. ne endak.. nenk aku.. tejengket2 bejalan ngagak keta.. padahal.. make lepa wa aku sbelah gk.. haha..bna2 alu mek orang tetak.. dah ya..aju nenk ku msok keta dah kak tuka lepa ya tek. ngan tapeh duyong ny ya.. falling in love suma smut2 kat umput ngga.. ne x.. d angkat pey ke lutut kain ya.. mahuhu..
tdah..
ku mok tdo..
p xtdo2.. sush ner.. skati tak org la. mun phm ka xphm ka. ku juz mok mengepak dmlam ari.. bah chow lok tungau sekalian.. haha
madah dari perindu geng xpande diam..



Thursday, September 2, 2010

sakit

angin mendayu-dayu memanggil namaku,
seolah-olah memberitahu sudah tiba masanya untuk aku pergi,
pergi daripada kesakitan dan masalah yang membelenggu diri ini,
aku sedih kerana risau akan apa yang bakal terjadi semasa aku tiada.
sunyikah mereka? sedihkah mereka?
tiada apa yang mampu aku lakukan.
selain menadah tangan dan berdoa kepada-Nya.
setiap kali aku cuba untuk bangun, aku akan jatuh semula.
setiap kali aku cuba untuk senyum, senyumanku terasa palsu.
aku berikhtiar bermacam-macam cara.
namun aku tetap gagal.
mulai saat itu,
aku berjanji akan menjadikan semua itu sebahagian daripada hidupku.
walau sepahit dan sesakit mana,
kan ku tempuh segalanya dengan penuh sabar.

- rasya azalia -

harga diri

tiada yang mahu dirinya diinjak-injak
tiada yang merelakan semua itu
diam saja bila dibuat begitu
memikirkan apa salah laku diri
suara nyalakan "anjing" makin kuat
gembira dengan kesedihan orang lain.
BERBALOIKAH?


untitled

memang benarku menyukai dirimu,
memang benarku menginginkan dirimu,
memang benarku mahu memiliki dirimu.
apa mungkin tercapai?
apa mungkin tertunai?
mungkin semua itu hanya mimpi.
mungkin semua itu hanya angan-angan.
ku rasakan aku seperti menunggu
bulan jatuh ke riba.
ku rasakan aku seperti mat jenin.
sungguhku ingin dirimu.
cukuplah sekadar teman.
itu sudah memadai bagiku.
itu sudah mampu membuatku tersenyum.
membuatkan mutiara jernih mengalir kegembiraan.
membuatkan "my heart beat like a drum".
dirimu begitu berharga buat diriku,
kaulah harta paling indah,
ku kan tunggu saat itu walau lama mana.
walau tak mungkin terjadi.
ku tunggu,,,

- rasya azalia -

Friday, July 23, 2010

runtuh hatiku

sungguh hati tak rela diri ini
dihina. dicaci maki.
kenapa tak pernah mengerti?
besarkah salahku pada mereka?
apa yang telahku lakukan?
sungguh aku tak sedar.
janganlah berdendam wahai manusia.
aku langsung tak kenal akan mereka.
lepaskanlah aku dari kurungan cacian.
sungguhku tersiksa. sungguhku merana.
terasa diri ini begitu rendah.
aku tak punya apa-apa.
aku tak sempurna.
aku dan mereka bagai langit dan bumi.
jauh bedanya. banyak bedanya.
mereka tabah. aku tak.
mereka kuat. aku tak.
aku tak mampu. sungguh aku tak mampu.
hatiku seolah-olah
dihiris. dipijak-pijak.
sakitnya tak terkata.
aku menangis tak berlagu.
runtuh hatiku.
wahai manusia,lepaslah diri yang hina di mata korang ini.
aku mohon. aku mohon.
berhenti menyiksa diriku.
aku lelah. aku tak berdaya lagi.

ps: andai aku boleh hilang sebentar dari dunia ini,kan bagus? :')

- rasya azalia -